Firman Allah Ta’ala : Wahai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepada kalian, Berilah tempat di dalam majlis, maka hendaklah kalian memberi tempat, nescaya Allah akan Memberikan tempat kepada kalian. Dan apabila dikatakan, Berdirilah, maka hendaklah kalian berdiri, nescaya Allah akan Meninggikan orang-orang yang beriman di antara kalian dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kalian perbuat. Surah Al-Mujadilah, ayat 11.
“ Ana rasa, mungkin ana tidak akan sama-sama ke kelas talaqqi di Masjid Azhar. “ kata seorang sahabat.
“ Jomlah pergi sekali. Belajar dengan masyaikh. Best kot. Nanti balik Malaysia kita pulak ajar orang-orang kat masjid, buka kitab feqah. Allah,tak dapat ana bayangkan. “ ajak sahabatku.
“ Bukan ape, ana rasa tahap macam kita ini masih awal untuk semua tu. Senior ana ada cakap first year ni kalu pergi talaqqi tak faham pun ape yang masyaikh cakap. “balas sahabatku.
“ Relakslah,kita duduk sini bukan seminggu la der. 5 tahun kot. “ sokong seorang lagi.
Topik inilah yang paling awal di”perbahaskan” dalam “sidang parlimen” saya dan sahabat-sahabat seperjuangan di Mesir. Namun jawaban yang paling tepat belum ditemui dan yang pasti ia lebih rumit berbanding merungkaikan masalah di dalam Misteri Nusantara.
Sungguh saya dilema. Bagaikan dilema wanita.
Nabi pernah bersabda “ Menuntut ilmu adalah satu kefardhuan bagi setiap muslimin dan muslimat.
Matlamat utama datang ke mana-mana pusat pengajian itu perlu disoal semula. Adakah aku ini tolabul ilmi.
Memang belajar dengan ulama-ulama dan masyaikh itu sudah menjadi cita-cita saya. Kerana mentarbiyah diri seorang pejuang itu pernah menjadi impianku.
Namun saya ini kontang dengan ilmu.
Maka menuntut ilmu itulah jalannya.
Tapi adakah saya perlu belajar itu atas faktor untuk merealisasikan cita-cita? Sedangkan ia satu tuntutan.
Maka menuntut ilmu itulah jalannya.
Tapi adakah saya perlu belajar itu atas faktor untuk merealisasikan cita-cita? Sedangkan ia satu tuntutan.
“ Ilmu itu perlu dituntut atau ditunggu ?” soal saya pada Amirul. Rakan sebilik saya yang pandai berjenaka.
“ Tuntut!” jawabnya dengan penuh yakin.
Memang hakikat sebagai mahasisiwa kita sentiasa malah wajib untuk mencari ilmu. Persoalannya cukupkah sekadar kita berada di kuliah semata-mata?
Bumi Mesir ini terkenal dengan gelarannya sebagai ‘Kiblat Ilmu’ ia telah menjadi sinonim dalam masyarakat kita di Malaysia.
Sebut sahaja Al-Azhar. Semua akan mengakui kehebatannya. Walaupun sering kedengaran suara-suara ‘sumbang’ yang menjadi ‘juri’ tanpa diundang yang mengkritik 'produk-produk' keluaran Mesir. Apa Yang Lebih Utama..
Namun, Alhamdulillah, syukur padaNya Bumi Kinanah ini kaya dengan ulama-ulama yang mahir daripada setiap sudut ilmu. Sungguh bertuah aku di bumi ini.
Pernah saya berbincang dengan sahabat-sahabat, pada fatroh permulaan ini apakah yang lebih utama?
“ Pastikan penguasaan bahasa wahyu terlebih dahulu. Itu yang lebih utama.” Ujar Hafizi.
“ Bagi ana la, kita lihat mana yang lebih utama dalam setiap keadaan. Memang penguasaan bahasa Al-Quran itu penting tapi ia bergantung pada kita. Bukan di kuliah sahaja kita akan belajar ilmu bahasa ini.
Jika kita banyak kelapangan waktu alangkah baiknya kita duduk bersama syeikh-syeikh mengambil mutiara-mutiara yang tersimpan daripada mereka.” Seruan daripada Muhaiman Amran yang merupakan ketua batch-4 AQM(agensi yang membawa pelajar Malaysia ke Mesir).
Alat Ilmu..
Akhi Faiz Al-Fateh merupakan abang kami di Mesir(Pengerusi Persatua Ulum Islamiah) ada mengingatkan kami tentang apakah keutamaan kita di Mesir ini khas buat pelajar jurusan agama adalah menuntut ILMU.
“Kita di sini ngaji bukan sekadar di kuliah, kita kena cari lebih dari tu. Apetah..kuliah ni mungkin adalah asas-asas ilmu yang diberikan oleh doktor-doktor.” Pesan beliau kepada adik-adiknya yang masih mentah di bumi yang mana bertemunya Yusuf dan Zulaikha.
“Kita di sini ngaji bukan sekadar di kuliah, kita kena cari lebih dari tu. Apetah..kuliah ni mungkin adalah asas-asas ilmu yang diberikan oleh doktor-doktor.” Pesan beliau kepada adik-adiknya yang masih mentah di bumi yang mana bertemunya Yusuf dan Zulaikha.
“ Jadi, adakah Jordan lebih baik daripada Mesir? “ seloroh Naqiuddin mungkin kerana idolanya Hilal Asyraf (penulis terkenal tanah air) merupakan pelajar Usuluddin di Universiti Yarmuk. “So, macam mana ya, bingung benar ya aku mikirkannya.” Hafiz Jun mula runsing.
“ Macam ni, apetah..jalannya untuk mencari apa yang tiada di kuliah adalah dengan menuntut ilmu dengan masyaikh di sini..
Kerana dalam alat ilmu sendiri menunjukkan betapa masyaikh itu perlu dalam seseorang itu menimba ilmu.” Solusi daripada Akhi Fateh.
Kerana dalam alat ilmu sendiri menunjukkan betapa masyaikh itu perlu dalam seseorang itu menimba ilmu.” Solusi daripada Akhi Fateh.
Alat Ilmu :
1. Syaikhul Fattah
2. ‘Aqlun Rajjah
3. Kutubun Sihah
4. Mudawamatun wa Ilhah
Tuntut Pada Ahlinya..
Pada suatu hari, terdapat sekumpulan lelaki yang ingin mengembara di dalam sebuah hutan. Lelaki yang pertama merupakan seorang doktor pakar bedah yang berkaliber. Kedua, seorang jurutera yang mahir dalam ilmu seni bina. Ketiga, seorang ulama’ yang terkenal dengan ilmunya cukup mendalam dan terakhir seorang lelaki yang mahir akan seluruh selok-belok hutan lipur itu. Maka dengan berbekal semangat dan persediaan yang cukup mantap.
Bermulalah pengembaraan mereka di dalam hutan itu. Tanpa perlu meneruskan kalam, kita semua boleh berfikir secara teorinya bahawa sudah tentu lelaki tua itu adalah satu-satunya pengembara yang akan dapat mengharungi segala rintangan.
Sebab apa? Mudah jawapannya. Kerana dia mempunyai ilmu dan pengalaman yang banyak dalam memahami dan mengharungi segala kemungkinan yang akan dihadapi ketika mengembara di dalam hutan tersebut.
Perhatikan daripada cerita pengembaraan empat orang lelaki di atas, jika doktor yang hebat, jurutera yang mahir dan ulama’ yang ‘alim tersebut ingin masuk ke hutan itu dengan sendiri tanpa memerlukan bantuan, nasihat atau pandangan daripada lelaki tua ini maka akan binasalah mereka di dalam hutan itu nanti.
Mereka mungkin akan meneruskan kehidupan tetapi hanya sementara.
Mereka mungkin akan meneruskan perjalanan tetapi dalam kesesatan.
Sesungguhnya dalam melayari bahtera kehidupan haruslah dipandu dengan ilmu. Ilmu itu pula sifatnya perlu dicari, wajib dituntut. Maka dituntut pula dengan ahlinya. Agar kita tidak terus memahami tanggungjwab kita kepada agamaNya.
Inginku lafaz kata ini bahawa “aku sudah mencintaimu”.
“ Aku cintakan ilmu! “
“ Aku cintakan ulama! “
Kerana aku yakin dengan sabda utusanMu 'ulama’ itu waris para Nabi.'.
~ Merealisasikan Manhaj Al-Azhar, di Bumi Tanah Air ~
As-syahid Danial Jaffar
Kaherah, Mesir.
~hidup mulia atau mati syahid~
Kaherah, Mesir.
~hidup mulia atau mati syahid~



BISMILLAH
ReplyDeleteentri yang cukup menarik, kombinasi antara dialog yang santai dan sempoi amat mudah difahami. tapi ada musykilah sedikit ustaz tentang alat ilmu yang 4 yang ada dalam post, boleh terangkan detail lagi tak. Ala kulli hal, entri yang bernas dan bermanfaat.!
syukron.
InsyaALLAH..musykilah yg bagaimana tu ustaz..tentang alat2 ilmu? adakah tidak memahami kalimah arab?
ReplyDeleteAlat Ilmu :
Delete1. Syaikhul Fattah=guru yang membuka
2. ‘Aqlun Rajjah=aqal yg bersedia
3. Kutubun Sihah=kitab-kitab yg muktamad dan sohih
4. Mudawamatun wa Ilhah=rasa untuk berterusan dan perlu kepada ilmu..
syukran atas teguran...nanti utk entri akan datang sama-sama kita kupas..