Pages

Wednesday, January 25, 2012

Berjuang Tak Pernah Senang..

Berjuang tak pernah senang,
Berjuang tiada kalimah istirehat,
Tiada istilah menyerah kalah,
Jika tidak ia bukan sebuah perjuangan.

Berjuang tak pernah senang,
Jika tiada perjuangan,
Semuanya hambar , berlalu sepi ,
Dek kerana perjuangan,
Aku di sini..

Berjuang tak pernah senang,
Sungguh! Begitu penat ayahanda membanting tulang,
Juga bonda, tak kenal siang dan malam,
Kerana mereka berjuang, untuk kami di medan ini,
Untuk aku di bumi kinanah ini..

Berjuang tak pernah senang,
Jika mudah, mana mungkin sebiji batu hinggap di kepala baginda,
Tiada gelaran abu jahal di zaman baginda,
Atas dasar prinsip, akidah dan perjuangan menyampaikan kebenaran risalah,
Utusan Ilahi ini tiada rasa takut,
Jauh sekali perasaan jemu, terus thabat,
Membawa ummah keluar dari zulmat kebatilan,
menyingkap tirai rahmah dan nur kebenaran,
Bersyukurlah..selawatlah..
Satu tanda kita ummah yang menyayangi baginda.

Berjuang tak pernah senang,
Kenapa tak ramai yang menyertainya?
Adakah menjadi penentang tegar di luar sana,
Mengecam dengan penuh dusta ,
Angkuh dan bongkak dalam kalamnya ,
Mengakui akulah pejuang agama dan bangsa,
Sedangkan dialah pengkhianat durjana,
Ada juga mengaku suci ,
Tidak ke kiri mahupun ke kanan ,
Kritikan dan pandangan yang selamat ,
Katanya itulah yang sahih lagi benar ,
Fikirnya ini yang terbaik ,
Berpeluk tubuh dan diam seribu bahasa .

Berjuang tak pernah senang,
Jika senang pasti ramai yang faham dan sertainya,
Jika mudah ia Islam pasti dijulang tinggi,
Jika bukan kita siapakah lagi?
Jika bukan sekarang bilakah lagi?
Jika bukan di bumi ini dimanakah lagi?

Ya Allah,ku akui berjuang tak pernah senang,
Kerna ini adalah ujian dan medan penilaian,
Islam itu terkenal , baik dan syumul,
Barang  yang berkualiti bisa dikritik,
Senantiasa di kaji,dan memang untuk di ganggu gugat.

Berjuang, berjuang dan terus berjuang,
Jangan takut ditentang,usah gusar jika ada puak yang tak senang,
Islam itu tetap dijulang walau ditentang,
Kerna bila ditentang pasti ada insan bernama pejuang.

Berjuang, berjuang dan terus berjuang,
Membawa Islam kembali gemilang ,
Sungguh!
Biar rebah jangan berubah,
Biar dibuang teruskan berjuang,
Benar, berjuang tak pernah senang..

~ Ayuh sama-sama melangkah, Menuju Mardhotillah ~                   






"menulis bukan kerana nama"

As-syahid Danial Jaffar
Kaherah, Mesir.

~hidup mulia atau mati syahid~

No comments:

Post a Comment