SALAM perjuangan buat penghuni blog danialjaffar.blogspot.com..
AlhamduliLLAH..Bersyukur kepada ALLAH Ta'ala Tuhan Yang Mentadbir alam ini atas keizinanNYA diri ini dapat membentuk dan menyiapkan blog ini. Selawat dan Salam keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W atas risalah dakwah baginda saya dan kita semua mengenal agama perjuangan ini iaitu Islam.
Jari ini bukanlah mahir untuk menaip, fikiran ini bukanlah matang untuk berhujah, namun saya melihat dengan terhasilnya blog ini sebagai satu langkah untuk kita sama-sama berkongsi ilmu, idea, pandangan dan juga maklumat. Pada awal kalam ini ingin saya ucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat saya juga merupakan adik-adik saya yakni Naqiuddin Ansorullah(juga seorang blogger) dan Amirul Arif Abu Bakar(akan turut serta) kerana sama-sama memberikan idea dan semangat untuk saya membentuk blog ini. JazakAllahu Khairan Kathir. Tidak lupa kepada keluarga,guru-guru, dan rakan-rakan seperjuangan. Terutama yang bersama-sama bertarung di Bumi Kinanah ini.
Terpanggilnya diri ini bukanlah atas faktor "akulah yang paling layak" namun atas dasar Islam itu menganjurkan untuk kita saling tegur-menegur antara satu sama lain. Sebagaimana seorang ayah atau emak yang bertanggungjawab menegur anaknya,suami terhadap isterinya, guru terhadap muridnya dan sahabat kepada sahabatnya. ~ad-dinu nasihah~Namun begitu, bukanlah blog ini tercipta untuk bersaing dengan dengan mana-mana blog yg sudah wujud tapi saya menulis adalah kerana untuk generasi-generasiku yang akan datang. Mereka boleh melihat penyampaian ILMU itu pernah datang dari diri yang bernama Muhammad Danial Aidil Bin Jaffar. Jika yang menunjukkan itu adalah Emakku,ayahku mahupun Isteriku, maka tunjukkan kepada seluruh zuriatku bahawa ayahnya pernah berjuang. Jika yang membaca itu zuriatku tunjukkan ia kepada cucu-cicitku agar mereka semua tahu jari datuknya pernah menulis bahawa Allah itu Matlamat Kita, Nabi Muhammad itu Qudwah Kita. Jika yang menghayati itu bergelar insan maka sebarkanlah kepada ummat seluruh bahawa Islam itu Tinggi Tiada yang lebih Tinggi Daripada Islam dan Islamlah hanya agama yang diredhai disisi ALLAH Ta'ala.
Pesanan As-syahid imam hassan albanna "Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin. Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.
Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi".
Ayuh mahasiswa teruskan langkah. Terus mara kehadapan! Membawa panji Islam ke mercu kejayaan.
Moga kita semua dapat mengambil kebaikan,mauizhoh,ihtimam atau apa sahaja yang bermanfaat di dalam kewujudan blog ana yang tidak seberapa ini. Jika terdapat kesalahan, kekurangan, atau cacat cela harap diberikan teguran dan nasihat. Sesungguhnya manusia itu cukup dhaif lagi lemah kerana ALLAH itu Maha Besar.
Akhir kalam, Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum. Salam Ukhwah Fillah. =)
![]() |
| Aku selangkah mara ke hadapan.... |
As-syahid Danial Jaffar
Kaherah, Mesir.
~hidup mulia atau mati syahid~



Tahniah dari ana...satu awalan coretan dan penulisan yg menarik...moga tidak terus jemu dlm mencurahkan idea2 demi ISLAM dan smoga berguna buat generasi-generasi selepasmu..
ReplyDelete~hidup mulia atau mati syahid~