Berdagangku untuk menelaah ilmu
terasa lebih nikmat daripada bertemu penyanyi dan keharuman leher mereka..
terasa lebih nikmat daripada bertemu penyanyi dan keharuman leher mereka..
Sungguh, goresan penaku di atas kertas
lebih nikmat daripada bercinta bersama para pecinta..
lebih nikmat daripada bercinta bersama para pecinta..
Tabuhan rebana para gadis, masih kalah nikmatDengan kenikmatan aku memukul bukuku untuk membersihkan debunya
Kegundahanku untuk memecahkan masalah dalam belajar
Jauh lebih nikmat daripada para pemabuk khamar..
~syair Imam As-Syafie~
Penat...Letih...Tired...Ta’bun...
Bahasa yang berbeza..tapi semuanya membawa maksud yang sama dan serupa.
Kata mak saya “ Sudah-sudah la tengok tv tu..awok dah tua nanti tv tu ade lagi..belajo lah..kalo diberi peluang mak nak belajo lagi..Awok penat sekarang tak pe ane(nama panggilanku sejak kecil) nanti senang kemudian hari..” leter emakku.
Bunyinya, jika bukan saya insan yang hina ini mendengar, pasti akan terguris.
Kenapa perlu terguris? Terasa? Benarlah apa yang bonda sampaikan. Tak perlukah kuzahirkan penerimaannya. Mungkin itu cara terbaik untuk memberikan kami semangat. Namun..
Inilah kalam keramat, kata-kata azimat yang saya pegang. Saya bawa. Saya simpan. Bagi membawa diri melayari mehnah di bumi ini.
Begitu juga dengan abah. Gemar bermain dengan kata-kata semangat, motivasi! Tak kurang hebatnya seperti ‘motivater’ terkenal tanah air. Terutama apabila abah mempunyai masa lapang untuk ‘slowtalk’ dan berbincang masalah-masalah yang berlaku.
“ Ingat ane, ‘fight’ untuk 4 flat!” pesan abah ketika saya pada fatroh matrikulasi dahulu.
“ Pastikan awok score ‘mumtaz’. Nok2 tahun satu ini! Usaha kena lebih!” pesan emakku sebelum saya
berangkat ke bumi sahara ini.
Jika berpeluang ingin sekali saya tidak merasai penat melaksanakan kewajiban, letih dalam melakukan setiap kerja. Itulah fitrah. Semestinya kita WAJIB untuk merasa kepenatan dalam ibadah kita setiap hari.
Sesungguhnya DUNIA ini adalah penjara bagi orang MUKMIN !
Belajar ni nak tak nak, mesti kena PENAT!
Salman Al-Farisi.. teladani!
“ Jom ‘join’ Krusus intensif Bahasa Arab cuti ni...Pastu kita sambung dengan talaqqi pulok. “ Ujar sahabat saya.
“ Jom ‘join’ Krusus intensif Bahasa Arab cuti ni...Pastu kita sambung dengan talaqqi pulok. “ Ujar sahabat saya.
“ Tak pelah..ana dah merancang Jaulah ke merata tempat cuti ni..InsyaALLAH jika ada wang lebih ana akan ke Jordan, Syria,Palestin dan Turki. Boleh juga rapat ukhuwwah yang terbina antara kami.” Balas seorang sahabat.
“ Letih der, brape lame dah kita gi kelas n talaqqi..cuti ni jom la jalan-jalan plak. Rehatkan diri. Cuti kot..” tambah seorang lagi sahabat dengan yakin.
Sunnah berjuang itu memang penat.
Jika tidak perlu kenal erti penat, sudah tentu Salman Al-Farisi sahabat yang paling awal kenal Islam dan mungkin juga jauh daripada cahaya kebenaran Islam. Kerna ia tidak mudah. Beliau terpaksa belajar dengan 2 orang rahib dan belajar selama 120 tahun tetapi masih belum mengenali Islam.
Gurunya(rahib) yang terakhir berpesan agar kelak pergi merantau untuk mencari Nabi untuk ummah akhir zaman. Maka bertemulah beliau akan baginda, Nabi Muhammad S.A.W.
Pesan gurunya lagi, Utusan Ilahi itu ada tiga tanda :
Apabila engkau memberinya sedekah(wajib) maka akan dia tolak dan diberikan kepada orang yang lebih layak.Apabila engkau memberinya hadiah maka akan diterima dengan baik dan dikongsikan bersama yang lain.
Terlihat di bahagian belakang tubuh baginda terdapat ‘khatam Nubuwwah’.
Maka bertemulah Salman akan ketiga-tiga alamat ini lalu terus berbaiah dengan Nabi Muhammad S.A.W.
Ayuh! Sama-sama teladani kisah ini. Kegigihan seorang anak watan Parsi ( Iran ), dalam mencari sinar hidayah dan cahaya kebenaran. Sanggup berpenat lelah ke serata bumi menuntut ilmu Ilahi yang takkan pernah cukup jika ingin dicapai dan digali.
Kata abahku “ mahu SERIBU DAYA, tak mahu? Tak perlu mencari SERIBU DALIH cukup dengan SATU DALIH!”.
Mengapa perlu mencari alasan? kesian dengan alasan, mereka sering dipersalahkan. Ciptalah peluang dan carilah ruang, bukan alasan. Teringat akan nasihat pensyarahku Puan NorHaslida Tahir pensyarah Biologi di Matrikulasi. " Saya tak pernah jumpa orang berjaya tapi suka memberi alasan,jika ada tunjukkan ia pada saya." katanya tegas.
Ada benarnya kata. Ia membuatkan saya suka berfikir. Bukan untuk membina 'struktur binaan' alasan-alasan baru yang lebih kukuh tetapi berfikir bagaimana untuk menghidarkan diri daripada terus memberi alasan yang akhirnya boleh memakan diri ini.
KEMBAQ..
Penat dan Lelah.. moga ‘Mumtaz’ InsyaALLAH!
Penat dan Lelah.. moga ‘Mumtaz’ InsyaALLAH!
Sedang mereka diulit mimpi kita teguh berdiri. Tika mereka seronok jalan sana-sini, kita thabat menuntut Ilmu Bahasa Jannati.
Alhamdulillah pada tanggal 18-22 Januari 2012 satu Krusus Intensif Bahasa Arab khas buat pelajar Tamhidi Sesi 2011/2012 dengan kerjasama Persatuan Ulum Islamiah (PMUI), AmanahRaya Islamic Studies Asociation (AISA) dan Alumni Kem Bahasa Al-Quran (KEMBAQ).
Memang saya tak dapat nafikan program ini mampu membantu saya dalam menguasai asas-asas penting dan utama dalam mempelajari Bahasa Wahyu ini.
Sungguh teruja. Walaupun modulnya bukanlah untuk status pelajar-pelajar di Al-Azhar. Saya bersama sahabat-sahabiah istiqomah dalam menghadamkan pengisiannya.
Syukran jaziilan buat sahabat-sahabatku serta seluruh warga PMUI, AISA dan KEMBAQ.
Sahabat seperjuangan yang sama-sama turun menjayakannya.
~Hilmi Hadi, Muhaimin, Amirul, Naqi, Hasan, Syahid,’Izzat, Syafiq dan Akram Soleh.~
~Mahyudin, Zulkheir, Azlan, Tengku dan Izzat Ammar.~
AlhamduliLLAH. Rupanya dengan belajar Bahasa Jannah pun boleh kuatkan ukhuwwah. MasyaALLAH. SubhanALLAH. Sungguh! Segala puji hanya untukMU. InsyaAllah, sama-sama kita ikhlaskan niat, buangkan ego dalam diri, dan gantikan ia dengan tawaddhu'.
Moga kita terus diberikan kemudahan, kefahaman dan kemantapan dalam menguasai bahasa Al-Quran ini. Saya memandang ini penting, kerana bahasa ini adalah aspek terpenting dalam memahirkan dan menguasai ilmi syariat yang telah diwahyukan oleh Allah Ta'ala buat kekasihNya Nabi Muhammad S.A.W.
Tidak saya sangkal, penat itu perit. Penat itu sakit. Tapi ia akan menjadi manis apabila kita mengharunginya dengan tenang, melaluinya dengan tabah sebagaimana tenangnya Yusuf menghadapi fitnah Zulaikha. Lihat, akhirnya Yusuf merasai kemanisan setelah sekian lama merasai keperitan dan kesakitan ketika ia sedang PENAT!
![]() |
| penat sangat.. jangan sampai x boleh buat ibadat. |
~ menulis bukan kerana namaku
kerana nama-MU aku menulis~
As-syahid Danial Jaffar
Kaherah, Mesir.
~hidup mulia atau mati syahid~



















