Pages

Sunday, February 5, 2012

Musibah ohh Musibah..




Pesan orang-orang tua, 
Malang tidak berbau,
Benarlah, ia datang tanpa amaran,
Tanpa ada makluman.

Musibah..
Membuatkan aku resah,
Menambahkan gundah,
Ada yang saling salah-menyalah,
Tidak mahu bermuhasabah.

Musibah ohh musibah..
Adakah ia perlu?
Datangnya ketika susah,
Menambahkan duka dan sengsara,
Merobek rasa percaya pada setiap makhluk.

Musibah..
Mengapa ia hadir?
Biarlah hidup terus ceria,
Agar hati terus hidup,
Tidak layu tewas kerana ia.


Sedarlah diri,
Musibah adalah tarbiyyah,
Agar hati dididik untuk tidak goyah,
Tidak leka dengan permainan dunia,
Kerna ia hanyalah fatamorgana.

Mari,ayuh kita!
Teruslah bermuhasabah,
Mencari sejuta hikmah,
Dalam setiap musibah,
Dan bersabarlah serta redha,
Kerna ia tanda kita yakin dengan Pencipta,
Allah itu Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana.



















~ menulis bukan kerana namaku
kerana nama-MU aku menulis~






As-syahid Danial Jaffar
Kaherah, Mesir.

~hidup mulia atau mati syahid~


Tuesday, January 31, 2012

Penat Itu Manis..







Kelazatan Ilmu.
Berdagangku untuk menelaah ilmu
terasa lebih nikmat daripada bertemu penyanyi dan keharuman leher mereka..
Sungguh, goresan penaku di atas kertas
lebih nikmat daripada bercinta bersama para pecinta..
Tabuhan rebana para gadis, masih kalah nikmat
Dengan kenikmatan aku memukul bukuku untuk membersihkan debunya
Kegundahanku untuk memecahkan masalah dalam belajar
Jauh lebih nikmat daripada para pemabuk khamar..



~syair Imam As-Syafie~

Penat...Letih...Tired...Ta’bun...

Bahasa yang berbeza..tapi semuanya membawa maksud yang sama dan serupa.
Kata mak saya “ Sudah-sudah la tengok tv tu..awok dah tua nanti tv tu ade lagi..belajo lah..kalo diberi peluang mak nak belajo lagi..Awok penat sekarang tak pe ane(nama panggilanku sejak kecil) nanti senang kemudian hari..” leter emakku.
Bunyinya, jika bukan saya insan yang hina ini mendengar, pasti akan terguris.
Kenapa perlu terguris? Terasa? Benarlah apa yang bonda sampaikan. Tak perlukah  kuzahirkan penerimaannya. Mungkin itu cara terbaik untuk memberikan kami semangat. Namun..

Inilah kalam keramat, kata-kata azimat yang saya pegang. Saya bawa. Saya simpan. Bagi membawa diri melayari mehnah di bumi ini.

Begitu juga dengan abah. Gemar bermain dengan kata-kata semangat, motivasi! Tak kurang hebatnya seperti ‘motivater’ terkenal tanah air. Terutama apabila abah mempunyai masa lapang untuk ‘slowtalk’ dan berbincang masalah-masalah yang berlaku.

“ Ingat ane, ‘fight’ untuk 4 flat!” pesan abah ketika saya pada fatroh matrikulasi dahulu.

“ Pastikan awok score ‘mumtaz’. Nok2 tahun satu ini! Usaha kena lebih!” pesan emakku sebelum saya
berangkat ke bumi sahara ini.

Jika berpeluang ingin sekali saya tidak merasai penat melaksanakan kewajiban, letih dalam melakukan setiap kerja. Itulah fitrah. Semestinya kita WAJIB untuk merasa kepenatan dalam ibadah kita setiap hari.

Sesungguhnya DUNIA ini adalah penjara bagi orang MUKMIN !

Belajar ni nak tak nak, mesti kena PENAT!

Kalau tak penat tak best la..penatnya.....



Salman Al-Farisi.. teladani!


“ Jom ‘join’ Krusus intensif Bahasa Arab cuti ni...Pastu kita sambung dengan talaqqi pulok. “ Ujar sahabat saya.
“ Tak pelah..ana dah merancang Jaulah ke merata tempat cuti ni..InsyaALLAH jika ada wang lebih ana akan ke Jordan, Syria,Palestin dan Turki. Boleh juga rapat ukhuwwah yang terbina antara kami.” Balas seorang sahabat.
“ Letih der, brape lame dah kita gi kelas n talaqqi..cuti ni jom la jalan-jalan plak. Rehatkan diri. Cuti kot..” tambah seorang lagi sahabat dengan yakin.

Sunnah berjuang itu memang penat.

Jika tidak perlu kenal erti penat, sudah tentu Salman Al-Farisi sahabat yang paling awal kenal Islam dan mungkin juga jauh daripada cahaya kebenaran Islam. Kerna ia tidak mudah. Beliau terpaksa belajar dengan 2 orang rahib dan belajar selama 120 tahun tetapi masih belum mengenali Islam.

Gurunya(rahib) yang terakhir berpesan agar kelak pergi merantau untuk mencari Nabi untuk ummah akhir zaman. Maka bertemulah beliau akan baginda, Nabi Muhammad S.A.W.
Pesan gurunya lagi, Utusan Ilahi itu ada tiga tanda :
      Apabila engkau memberinya sedekah(wajib) maka akan dia tolak dan diberikan kepada orang yang lebih layak.
      Apabila engkau memberinya hadiah maka akan diterima dengan baik dan dikongsikan bersama yang lain.
      Terlihat di bahagian belakang tubuh baginda terdapat ‘khatam Nubuwwah’.
Maka bertemulah Salman akan ketiga-tiga alamat ini lalu terus berbaiah dengan Nabi Muhammad S.A.W.

Ayuh! Sama-sama teladani kisah ini. Kegigihan seorang anak watan Parsi ( Iran ), dalam mencari sinar hidayah dan cahaya kebenaran. Sanggup berpenat lelah ke serata bumi menuntut ilmu Ilahi yang takkan pernah cukup jika ingin dicapai dan digali.

Kata abahku “ mahu SERIBU DAYA, tak mahu? Tak perlu mencari SERIBU DALIH cukup dengan SATU DALIH!”.

Mengapa perlu mencari alasan? kesian dengan alasan, mereka sering dipersalahkan. Ciptalah peluang dan carilah ruang, bukan alasan. Teringat akan nasihat pensyarahku Puan NorHaslida Tahir pensyarah Biologi di Matrikulasi. " Saya tak pernah jumpa orang berjaya tapi suka memberi alasan,jika ada tunjukkan ia pada saya." katanya tegas.

Ada benarnya kata. Ia membuatkan saya suka berfikir. Bukan untuk membina 'struktur binaan' alasan-alasan baru yang lebih kukuh tetapi  berfikir bagaimana untuk menghidarkan diri daripada terus memberi alasan yang akhirnya boleh memakan diri ini.


KEMBAQ..
Penat dan Lelah.. moga ‘Mumtaz’ InsyaALLAH!

Sedang mereka diulit mimpi kita teguh berdiri. Tika mereka seronok jalan sana-sini, kita thabat menuntut Ilmu Bahasa Jannati.

Alhamdulillah pada tanggal 18-22 Januari 2012 satu Krusus Intensif Bahasa Arab khas buat pelajar Tamhidi Sesi 2011/2012 dengan kerjasama Persatuan Ulum Islamiah (PMUI), AmanahRaya Islamic Studies Asociation (AISA) dan Alumni Kem Bahasa Al-Quran (KEMBAQ).

Memang saya tak dapat nafikan program ini mampu membantu saya dalam menguasai asas-asas penting dan utama dalam mempelajari Bahasa Wahyu ini.
Sungguh teruja. Walaupun modulnya bukanlah untuk status pelajar-pelajar di  Al-Azhar. Saya bersama sahabat-sahabiah istiqomah dalam menghadamkan pengisiannya.
Syukran jaziilan buat sahabat-sahabatku serta seluruh warga PMUI, AISA dan KEMBAQ.

Sahabat seperjuangan yang sama-sama turun menjayakannya.
~Hilmi Hadi, Muhaimin, Amirul, Naqi, Hasan, Syahid,’Izzat, Syafiq dan Akram Soleh.~
~Mahyudin, Zulkheir, Azlan, Tengku dan Izzat Ammar.~


Alhamdulillah....:-)..tenang rasa bila bdampingan ngan antum slama 6hari sbelum nie...syes rase teraharu gler dgan ukhwah yg korang jalinkan....n antum smue maklum,,sblum2 nie ana xde rapat sgt dgan antum...kali nie ana dpt rase ade klainan dlm berukhwah ngan antum.....syukran jazilan pada smua ea...harap lpas nie sambutlah tangan ana andai ana jatuh.....peluklah hati2 ini untk sntiasa brsama kalian tika susah dn senang.....SAHABAT,,ana syg antum smua krana Allah...:-)

 ·  ·  · January 24 at 2:28am via mobile

AlhamduliLLAH. Rupanya dengan belajar Bahasa Jannah pun boleh kuatkan ukhuwwah. MasyaALLAH. SubhanALLAH. Sungguh! Segala puji hanya untukMU. InsyaAllah, sama-sama kita ikhlaskan niat, buangkan ego dalam diri, dan gantikan ia dengan tawaddhu'.

Moga kita terus diberikan kemudahan, kefahaman dan kemantapan dalam menguasai bahasa Al-Quran ini. Saya memandang ini penting, kerana bahasa ini adalah aspek terpenting dalam memahirkan dan menguasai ilmi syariat yang telah diwahyukan oleh Allah Ta'ala buat kekasihNya Nabi Muhammad S.A.W.

Tidak saya sangkal, penat itu perit. Penat itu sakit. Tapi ia akan menjadi manis apabila kita mengharunginya dengan tenang, melaluinya dengan tabah sebagaimana tenangnya Yusuf menghadapi fitnah Zulaikha. Lihat, akhirnya Yusuf merasai kemanisan setelah sekian lama merasai keperitan dan kesakitan ketika ia sedang PENAT!




penat sangat..
jangan sampai x boleh buat ibadat.












~ menulis bukan kerana namaku
kerana nama-MU aku menulis~






As-syahid Danial Jaffar
Kaherah, Mesir.

~hidup mulia atau mati syahid~

Wednesday, January 25, 2012

Berjuang Tak Pernah Senang..

Berjuang tak pernah senang,
Berjuang tiada kalimah istirehat,
Tiada istilah menyerah kalah,
Jika tidak ia bukan sebuah perjuangan.

Berjuang tak pernah senang,
Jika tiada perjuangan,
Semuanya hambar , berlalu sepi ,
Dek kerana perjuangan,
Aku di sini..

Berjuang tak pernah senang,
Sungguh! Begitu penat ayahanda membanting tulang,
Juga bonda, tak kenal siang dan malam,
Kerana mereka berjuang, untuk kami di medan ini,
Untuk aku di bumi kinanah ini..

Berjuang tak pernah senang,
Jika mudah, mana mungkin sebiji batu hinggap di kepala baginda,
Tiada gelaran abu jahal di zaman baginda,
Atas dasar prinsip, akidah dan perjuangan menyampaikan kebenaran risalah,
Utusan Ilahi ini tiada rasa takut,
Jauh sekali perasaan jemu, terus thabat,
Membawa ummah keluar dari zulmat kebatilan,
menyingkap tirai rahmah dan nur kebenaran,
Bersyukurlah..selawatlah..
Satu tanda kita ummah yang menyayangi baginda.

Berjuang tak pernah senang,
Kenapa tak ramai yang menyertainya?
Adakah menjadi penentang tegar di luar sana,
Mengecam dengan penuh dusta ,
Angkuh dan bongkak dalam kalamnya ,
Mengakui akulah pejuang agama dan bangsa,
Sedangkan dialah pengkhianat durjana,
Ada juga mengaku suci ,
Tidak ke kiri mahupun ke kanan ,
Kritikan dan pandangan yang selamat ,
Katanya itulah yang sahih lagi benar ,
Fikirnya ini yang terbaik ,
Berpeluk tubuh dan diam seribu bahasa .

Berjuang tak pernah senang,
Jika senang pasti ramai yang faham dan sertainya,
Jika mudah ia Islam pasti dijulang tinggi,
Jika bukan kita siapakah lagi?
Jika bukan sekarang bilakah lagi?
Jika bukan di bumi ini dimanakah lagi?

Ya Allah,ku akui berjuang tak pernah senang,
Kerna ini adalah ujian dan medan penilaian,
Islam itu terkenal , baik dan syumul,
Barang  yang berkualiti bisa dikritik,
Senantiasa di kaji,dan memang untuk di ganggu gugat.

Berjuang, berjuang dan terus berjuang,
Jangan takut ditentang,usah gusar jika ada puak yang tak senang,
Islam itu tetap dijulang walau ditentang,
Kerna bila ditentang pasti ada insan bernama pejuang.

Berjuang, berjuang dan terus berjuang,
Membawa Islam kembali gemilang ,
Sungguh!
Biar rebah jangan berubah,
Biar dibuang teruskan berjuang,
Benar, berjuang tak pernah senang..

~ Ayuh sama-sama melangkah, Menuju Mardhotillah ~                   






"menulis bukan kerana nama"

As-syahid Danial Jaffar
Kaherah, Mesir.

~hidup mulia atau mati syahid~

Monday, January 23, 2012

Segala Puji Bagi-MU...



Lillahi Ta'ala..

Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah, selautan rasa kesyukuran saya panjatkan kepada Allah Ta'ala atas kesempatan yang diberikan untuk saya menyiapkan artikel hasil tulisan diri ini. Moga dengan hasil saya karya yang serba kekurangan ini, dapat sama-sama untuk kita mengambil istifadah dan manfaat.

Segala komen, teguran dan nasihat amatlah diharapkan kerana saya ini bukanlah insan yang bijak dan pandai malah masih belajar dan akan terus belajar.

InsyaAllah, sama-sama kita jadikan medium seperti ini untuk kita menyebarkan risalah dakwah Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. agar ummah diperingkat pengakhiran ini dapat sama merasai kemanisan dan kebaikan daripada tuah agama yang diredhai di sisi Allah, yakni Islam .

menulis bukan kerna nama..


Moga jari ini tidak pernah mengenal erti penat untuk terus menari di papan kekunci ini. Menulis kalimah demi kalimah sehingga mennjadi ayat yang bisa menerangi hati-hati yang suram. Agar ummah mengenal Allah, RasulAllah, Kitab Allah dan Islam agama yang diredhai Allah..


Islam..the way of LIFE..



~  Al-Azhar Manhaj Kami, Ulama' Qudwah Kami  ~ 


As-syahid Danial Jaffar
Kaherah, Mesir.

~hidup mulia atau mati syahid~

TUNGGU ATAU TUNTUT..



Firman  Allah  Ta’ala : Wahai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepada kalian, Berilah tempat di dalam majlis, maka hendaklah kalian memberi tempat, nescaya Allah akan Memberikan tempat kepada kalian. Dan apabila dikatakan, Berdirilah, maka hendaklah kalian berdiri, nescaya Allah akan Meninggikan orang-orang yang beriman di antara kalian dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kalian perbuat. Surah Al-Mujadilah, ayat 11.



 “ Ana rasa, mungkin ana tidak akan sama-sama ke kelas talaqqi di Masjid Azhar. “ kata seorang sahabat.
“ Jomlah pergi sekali. Belajar dengan masyaikh. Best kot. Nanti balik Malaysia kita pulak ajar orang-orang kat masjid, buka kitab feqah. Allah,tak dapat ana bayangkan. “ ajak sahabatku.

“ Bukan ape, ana rasa tahap macam kita ini masih awal untuk semua tu. Senior ana ada cakap first year ni kalu pergi talaqqi tak faham pun ape yang masyaikh cakap. “balas sahabatku.

“ Relakslah,kita duduk sini bukan seminggu la der. 5 tahun kot. “ sokong seorang lagi.

Topik  inilah yang paling awal di”perbahaskan” dalam “sidang parlimen” saya dan sahabat-sahabat seperjuangan di Mesir. Namun jawaban yang paling tepat belum ditemui dan yang pasti ia lebih rumit berbanding merungkaikan masalah di dalam Misteri Nusantara.

Sungguh saya dilema. Bagaikan  dilema wanita.

Nabi pernah bersabda “ Menuntut ilmu adalah satu kefardhuan bagi setiap muslimin dan muslimat.

Matlamat utama datang ke mana-mana pusat pengajian itu perlu disoal semula. Adakah aku ini tolabul ilmi.
Memang belajar dengan ulama-ulama dan masyaikh itu sudah menjadi cita-cita saya. Kerana mentarbiyah diri seorang pejuang itu pernah menjadi impianku.
Namun saya ini kontang dengan ilmu. 


Maka menuntut ilmu itulah jalannya. 


Tapi adakah saya perlu belajar itu atas faktor untuk merealisasikan cita-cita? Sedangkan ia satu tuntutan.

“ Ilmu itu perlu dituntut atau ditunggu ?” soal saya pada Amirul. Rakan sebilik saya yang pandai berjenaka.

“ Tuntut!” jawabnya dengan penuh yakin.

Memang hakikat sebagai mahasisiwa kita sentiasa malah wajib untuk mencari ilmu. Persoalannya cukupkah sekadar kita berada di kuliah semata-mata?

Bumi Mesir ini terkenal dengan gelarannya sebagai ‘Kiblat Ilmu’ ia telah menjadi sinonim dalam masyarakat  kita di Malaysia.

Sebut sahaja Al-Azhar. Semua akan mengakui kehebatannya. Walaupun sering kedengaran suara-suara ‘sumbang’ yang menjadi ‘juri’ tanpa diundang yang mengkritik 'produk-produk' keluaran Mesir.  


Apa Yang Lebih Utama..



Namun, Alhamdulillah, syukur padaNya Bumi Kinanah ini kaya dengan ulama-ulama yang mahir daripada setiap sudut ilmu. Sungguh bertuah aku di bumi ini.

Pernah saya berbincang dengan sahabat-sahabat, pada fatroh permulaan ini apakah yang lebih utama?


“ Pastikan penguasaan bahasa wahyu terlebih dahulu. Itu yang lebih utama.” Ujar Hafizi.


“ Bagi ana la, kita lihat mana yang lebih utama dalam setiap keadaan. Memang penguasaan bahasa Al-Quran itu penting tapi ia bergantung pada kita. Bukan di kuliah sahaja kita akan belajar ilmu bahasa ini. 
Jika kita banyak kelapangan waktu alangkah baiknya kita duduk bersama syeikh-syeikh mengambil mutiara-mutiara  yang tersimpan daripada mereka.” Seruan daripada Muhaiman Amran yang merupakan ketua batch-4 AQM(agensi yang membawa pelajar Malaysia ke Mesir).

Alat Ilmu..

Akhi Faiz Al-Fateh merupakan abang kami di Mesir(Pengerusi Persatua Ulum Islamiah) ada mengingatkan kami tentang apakah keutamaan kita di Mesir ini khas buat pelajar jurusan agama adalah menuntut ILMU. 


“Kita di sini ngaji bukan sekadar di kuliah, kita kena cari lebih dari tu. Apetah..kuliah ni mungkin adalah asas-asas ilmu yang diberikan oleh doktor-doktor.” Pesan beliau kepada adik-adiknya yang masih mentah di bumi yang mana bertemunya Yusuf dan Zulaikha.

“ Jadi, adakah Jordan lebih baik daripada Mesir? “ seloroh Naqiuddin mungkin kerana idolanya Hilal Asyraf (penulis terkenal tanah air) merupakan pelajar Usuluddin di Universiti Yarmuk. 
“So, macam mana ya, bingung benar ya aku mikirkannya.” Hafiz Jun mula runsing.

 “ Macam ni, apetah..jalannya untuk mencari apa yang tiada di kuliah adalah dengan menuntut ilmu dengan  masyaikh di sini..


Kerana dalam alat ilmu sendiri menunjukkan betapa masyaikh itu perlu dalam seseorang itu menimba ilmu.” Solusi daripada Akhi Fateh.


Alat Ilmu :


1. Syaikhul Fattah
2. ‘Aqlun Rajjah
3. Kutubun Sihah
4. Mudawamatun wa Ilhah


Tuntut Pada Ahlinya..


Pada suatu hari, terdapat sekumpulan lelaki yang ingin mengembara di dalam sebuah hutan. Lelaki yang pertama merupakan seorang doktor pakar bedah yang berkaliber. Kedua, seorang jurutera yang mahir dalam ilmu seni bina. Ketiga, seorang ulama’ yang terkenal dengan ilmunya cukup mendalam dan terakhir seorang lelaki yang mahir akan seluruh selok-belok hutan lipur itu. Maka dengan berbekal semangat dan persediaan yang cukup mantap. 




Bermulalah pengembaraan mereka di dalam hutan itu. Tanpa perlu meneruskan kalam, kita semua boleh berfikir secara teorinya bahawa sudah tentu lelaki tua itu adalah satu-satunya pengembara yang akan dapat mengharungi segala rintangan.

Sebab apa? Mudah jawapannya. Kerana dia mempunyai ilmu dan pengalaman yang banyak dalam memahami dan mengharungi segala kemungkinan yang akan dihadapi ketika mengembara di dalam hutan tersebut.

Perhatikan daripada cerita pengembaraan empat orang lelaki di atas, jika doktor yang hebat, jurutera yang mahir dan ulama’ yang ‘alim tersebut ingin masuk ke hutan itu dengan sendiri tanpa memerlukan bantuan, nasihat atau pandangan daripada lelaki tua ini maka akan binasalah mereka di dalam hutan itu nanti. 

Mereka mungkin akan meneruskan kehidupan tetapi hanya sementara. 

Mereka mungkin akan meneruskan perjalanan tetapi dalam kesesatan.

Sesungguhnya dalam melayari bahtera kehidupan haruslah dipandu dengan ilmu. Ilmu itu pula sifatnya perlu dicari, wajib dituntut. Maka dituntut pula dengan ahlinya. Agar kita tidak terus memahami tanggungjwab kita kepada agamaNya.

Inginku lafaz kata ini bahawa “aku sudah mencintaimu”.

“ Aku cintakan ilmu! “

“ Aku cintakan ulama! “

Kerana aku yakin dengan sabda utusanMu 'ulama’ itu waris para Nabi.'.


~ Merealisasikan Manhaj Al-Azhar, di Bumi Tanah Air ~






As-syahid Danial Jaffar
Kaherah, Mesir.

~hidup mulia atau mati syahid~

Wednesday, January 18, 2012

Couple.."Produk" Terhangat..

Assalamu'alaikum w.b.t buat semua penghuni blog danialjaffar.blogspot.com. InsyaALLAH dalam masa terdekat akan ada artikel,perkongsian mahupun apa sahaja yang bermanfaat daripada saya. Pada masa terdekat hanya sedikit perkongsian sahaja yang dapat saya tampilkan pada kali ini. Artikel ini adalah hasil karya abang kandung ana Mohd Amirul Ghanie Bin Jaffar @ penjaramukmin.blogspot.com. Moga semua yang membaca dapat mengambil apa yang baik untuk sama-sama kita kongsikan pada mereka yang lain.
Kalamnya :
Setelah lama bertangguh untuk menulis berkenaan satu produk yang popular daripada Syarikat Gejala Sosial Berhad (SGSB). Dek kerana berasa rendah diri dan bimbang dugaan yang lebih mencabar akan menduga iman senipis kulit bawang ini apabila mengulas tentang produk terlaku ini, saya akhirnya membuat keputusan untuk menarikan jari di atas papan kekunci laptop kesayangan, Syed Qutb. Saya memberanikan diri membuat artikel ini berikutan ada adik usrah saya yang mengadu berasa kurang selesa dengan promoter dan jurujual daripada syarikat ini yang galak mempromosikan produk penuh berduri mereka.


Produk yang saya maksudkan ialah budaya couple yang menjadi makin serius pada hari ini. Penyakit ini bukan hanya mengenai remaja yang berpeleseran sana-sini dan tidak terdedah kepada tarbiyyah, malah berjangkit kepada mereka yang berada dalam gerakan dakwah dan merupakan aktivis dalam persatuan-persatuan Islam. Entah mengapa, virus ini cukup bersungguh menyerang para du’at terutamanya yang masih bergelar remaja.


Promoter dan jurujual daripada SGSB ini amat menitik beratkan penampilan dalam menemui pelbagai jenis sasaran pengguna. Apabila berhadapan dengan golongan yang mengikuti tarbiyyah dan menyampaikan tarbiyyah, produk mereka dihiasi dengan riben-riben Islam. Ada beberapa panduan tambahan yang dikenakan seperti menyulami sms yang lebih islamik. Begitu juga sewaktu menggunakan alat-alat canggih yang wujud pada zaman hadhari ini.



wanita fitnah para duat...

Bagi mereka yang tertipu, mereka menerima dengan mudah. Namun bagi mereka yang lebih berhati-hati, mereka akan meneliti dan kekadang datang juga perasaan ingin mencuba, akan tetapi cepat-cepat dibuang perasaan tersebut.

Sebenarnya, sudah terlalu banyak mereka yang cakna tentang hal ini, mengulas dan memberi nasihat supaya menjauhi budaya songsang ini. Seperti Ustaz Maszlee Malik dengan artikel popularnya, “Cinta ana enti”, begitu juga daripada pelbagai lapisan. Ada yang menampilkan pendapat dan bahasa yang keras dan tidak kurang juga yang menulis dengan lembut dan bersahaja namun masih bertegas dalam menangani masalah ini.

Bahaya gejala ini akan lebih kelihatan jika disertai oleh para du’at dan aktivis jemaah di pelbagai peringkat sama ada sekolah, kampus mahupun badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berorientasikan Islam. Masakan tidak, keharamannya langsung tidak diperasan jika tidak diteliti dengan sebaiknya kerana mereka tidak berpegang tangan,berdating malah tidak bercakap melalui telefon. Hanya dengan menggunakan hujung jari untuk menekan butang-butang di telefon bimbit, laptop dan alat-alat canggih yang lain.

Nilai islamik yang dimasukkan juga sudah cukup untuk menipu seseorang itu. Kekadang, kita tidak dapat mengesan keharamannya melalui mata kasar kita kerana terlindung di sebalik kemuliaan Islam. Namun, pada hakikatnya jiwa manusia yang beriman tetap tidak akan tenang dan menjadi gelisah apabila melakukan kesalahan kepada Allah. Oleh sebab itu, nabi saw ada berpesan supaya bertanya kepada hati sendiri sebelum melakukan sesuatu.

Apakah yang dimaksudkan supaya bertanya kepada hati sendiri? Maksudnya ialah kita berfikir sejenak, sekurang-kurangnya bertanya, “apakah betul apa yang aku lakukan ini?” Nescaya kita akan mendapati hati kita akan memberi keputusannya. Jika apa yang dilakukan itu bercanggah dengan keputusan Allah SWT, maka hati kita akan menjadi gelisah dan serba salah. Akan tetapi, kebanyakan manusia menipu dirinya sendiri apabila dia cuba memujuk hatinya bahawa apa yang dilakukan itu menurut syariat dan tak dilarang Sang Pencipta. Akibatnya, hati terseksa dan ‘pasrah dalam terpaksa’.

Begitulah yang dialami oleh mereka yang bergelumang dalam maksiat yang payah untuk disedari ini. Lebih-lebih lagi mereka yang sudah terdedah dengan tarbiyyah dan sebati dengan kenyataan bahawa budaya couple merupakan satu fitnah yang amat mencabar. Hati mereka langsung tidak merestui tindak-tanduk yang berlawanan dengan syariat itu.

Pada suatu petang, kira-kira pukul 3 petang, tiga orang rakan saya menziarahi bilik saya di asrama dan mengajak berbincang persoalan couple. Soalan-soalan yang ditimbulkan agak advance dan seakan-akan merestui bahawa tidak menjadi untuk kita bercinta, asalkan mengikut syariat. Tetapi, Alhamdulillah saya mampu menjawab setiap persoalan dengan baik. Segala puji bagi Allah.

undefined
Peristiwa itu menyebabkan timbul persoalan baru di benak fikiran saya, “adakah aku seperti yang aku bagi tazkirah sebentar tadi?” Bimbang, kelekaan diri selama ini menyebabkan saya mengambil ringan akan budaya songsang tersebut. Tiba-tiba sahaja sepotong ayat al Quran datang menziarahi jiwa ini, membelai dengan satu arahan dari langit,

“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?” (al Baqarah: 44)

“Ya Allah, selamatkanlah diriku dari fitnah yang mencabar ini…”




As-syahid Danial Jaffar
Kaherah, Mesir.

~hidup mulia atau mati syahid~

Monday, January 16, 2012

Aku Selangkah Mara Ke hadapan...

ASSALAMU'ALAIKUM..
SALAM perjuangan buat penghuni blog danialjaffar.blogspot.com..
AlhamduliLLAH..Bersyukur kepada ALLAH Ta'ala Tuhan Yang Mentadbir alam ini atas keizinanNYA diri ini dapat membentuk dan menyiapkan blog ini. Selawat dan Salam keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W atas risalah dakwah baginda saya dan kita semua mengenal agama perjuangan ini iaitu Islam.
Jari ini bukanlah mahir untuk menaip, fikiran ini bukanlah matang untuk berhujah, namun saya melihat dengan terhasilnya blog ini sebagai satu langkah untuk kita sama-sama berkongsi ilmu, idea, pandangan dan juga maklumat. Pada awal kalam ini ingin saya ucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat saya juga merupakan adik-adik saya yakni Naqiuddin Ansorullah(juga seorang blogger) dan Amirul Arif Abu Bakar(akan turut serta) kerana sama-sama memberikan idea dan semangat untuk saya membentuk blog ini. JazakAllahu Khairan Kathir. Tidak lupa kepada keluarga,guru-guru, dan rakan-rakan seperjuangan. Terutama yang bersama-sama bertarung di Bumi Kinanah ini.


Terpanggilnya diri ini bukanlah atas faktor "akulah yang paling layak" namun atas dasar Islam itu menganjurkan untuk kita saling tegur-menegur antara satu sama lain. Sebagaimana seorang ayah atau emak yang bertanggungjawab menegur anaknya,suami terhadap isterinya, guru terhadap muridnya dan sahabat kepada sahabatnya. ~ad-dinu nasihah~
Namun begitu, bukanlah blog ini tercipta untuk bersaing dengan dengan mana-mana blog yg sudah wujud tapi saya menulis adalah kerana untuk generasi-generasiku yang akan datang. Mereka boleh melihat penyampaian ILMU itu pernah datang dari diri yang bernama Muhammad Danial Aidil Bin Jaffar. Jika yang menunjukkan itu adalah Emakku,ayahku mahupun Isteriku, maka tunjukkan kepada seluruh zuriatku bahawa ayahnya pernah berjuang. Jika yang membaca itu zuriatku tunjukkan ia kepada cucu-cicitku agar mereka semua tahu jari datuknya pernah menulis bahawa Allah itu Matlamat Kita, Nabi Muhammad itu Qudwah Kita. Jika yang menghayati itu bergelar insan maka sebarkanlah kepada ummat seluruh bahawa Islam itu Tinggi Tiada yang lebih Tinggi Daripada Islam dan Islamlah hanya agama yang diredhai disisi ALLAH Ta'ala.





Ingatanku buat semua dengan mengambil kalam:
Pesanan As-syahid imam hassan albanna "Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin. Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.
Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi". 

Ayuh mahasiswa teruskan langkah. Terus mara kehadapan! Membawa panji Islam ke mercu kejayaan.


Moga kita semua dapat mengambil kebaikan,mauizhoh,ihtimam atau apa sahaja yang bermanfaat di dalam kewujudan blog ana yang tidak seberapa ini. Jika terdapat kesalahan, kekurangan, atau cacat cela harap diberikan teguran dan nasihat. Sesungguhnya manusia  itu cukup dhaif lagi lemah kerana ALLAH itu Maha Besar.
Akhir kalam, Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum. Salam Ukhwah Fillah. =)

Aku selangkah mara ke hadapan....



As-syahid Danial Jaffar
Kaherah, Mesir.

~hidup mulia atau mati syahid~